ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN
Seksyen 140. Garnishmen.
(1) Dalam seksyen ini, "harta" termasuklah hutang yang kena dibayar oleh garnisi kepada penghutang penghakiman.
(2) Bila perlaksanaan diperintahkan dengan cara penahanan harta yang berada dalam milikan atau kawalan seorang garnisi-
(
a
) bailif hendaklah menyampaikan kepada garnisi satu notis garnismen dalam borang yang ditetapkan;
(
b
) semua harta yang tersebut dalam notis garnismen hendaklah kemudiannya ditahan setakat nilai yang tersebut di dalamnya dan apa-apa pemberian milik atau pelupusan harta yang bertentangan dengan kandungan notis itu kecuali dengan izin Mahkamah hendaklah menjadi batal dan perbuatan itu adalah juga suatu penghinaan terhadap Mahkamah;
(
c
) seorang garnisi boleh membayar kepada bailif jumlah yang dituntut atau menyerahkan kepadanya harta yang ditahan;
(
d
) jika garnisi tidak membuat pembayaran atau penyerahan harta itu, bailif boleh menyampaikan kepadanya saman dalam borang yang ditetapkan dan Mahkamah hendaklah memeriksa garnisi itu mengenai harta yang ditahan atau dikatakan ditahan:
Dengan syarat bahawa -
(i) saman tersebut tidak boleh dikeluarkan kepada pengkhidmat awam mengenai wang atau harta dalam milikannya, melainkan dengan izin Mahkamah dan dengan kebenaran bertulis Perbendaharaan;
(ii) saman tersebut tidak boleh dikeluarkan mengenai wang, kumpulan wang pelaburan atau harta dalam mana-mana Mahkamah;
(
e
) Mahkamah boleh mendengar keterangan lain mengenai mana-mana saman garnismen;
(
f
) selepas mendengar saman itu, Mahkamah boleh membuat satu perintah pembayaran atau penyerahan dan boleh memerintahkan perlaksanaan dikeluarkan terhadap garnisi mengenai mana-mana harta dalam tanggungan yang didapati ditahan dengan sah, seolah-olah ia sendirinya penghutang penghakiman, sebanyak jumlah yang dituntut terhadap penghutang penghakiman yang asal atau sebanyak jumlah atau nilai harta dalam tangan garnisi mengikut mana-mana yang lebih rendah;
(
g
) (i) Mahkamah boleh memerintahkan kos terhadap garnisi dan boleh membenar atau tidak membenar tuntutannya terhadap penghutang penghakiman;
(ii) Mahkamah boleh membenarkan kos kepada garnisi terhadap pemiutang penghakiman dan boleh memberi atau tidak kebenaran menjadikan kos itu sebagai kos perlaksanaan;
(
h
) jika hutang itu kena dibayar menurut penghakiman dan boleh dibayar secara ansuran, garnisi tidaklah bertanggungan membayarnya kecuali mengikut perintah ansuran itu;
(
i
) pembayaran oleh garnisi di bawah seksyen ini hendaklah menjadi pelepasan yang sah terhadap penghutang penghakiman;
(
j
) bailif boleh atas permintaan pemiutang penghakiman, dan hendaklah, jika diperintah sedemikian oleh Mahkamah, menarik balik mana-mana notis atau saman garnismen;
(
k
) satu notis garnismen hendaklah disifatkan sebagai telah digugurkan tiga bulan selepas penyampaian melainkan prosiding di bawah saman garnismen belum selesai, atau Mahkamah memerintahkan sebaliknya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.