ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XIV - PEMINDAHAN PROSIDING



Seksyen 88. Acara prosiding yang dipindahkan.

Prosiding yang dipindahkan kepada mana-mana Mahkamah hendaklah didaftarkan di dalam daftar Mahkamah dan Mahkamah itu boleh, dengan usulnya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, memberi arahan-arahan mengenai perjalanan prosiding itu seperti yang difikirkan patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.