ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB IX - PERTUDUHAN



Seksyen 77. Butir-butir mengenai masa, tempat dan orang.

Pertuduhan itu hendaklah mengandungi butir-butir yang dengan munasabahnya mencukupi mengenai masa dan tempat berlakunya kesalahan itu, demikian juga orang atau barang, jika ada, yang terhadapnya kesalahan itu dilakukan supaya orang yang dituduh itu mengetahui perkara yang dia dipertuduhkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.