ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 84. Jenis perintah tahanan pendapatan-tenaga.

(1) Suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga yang berkenaan itu diarahkan, iaitu seseorang yang pada pendapat Mahkamah adalah sebagaimana pihak kena tuntut, supaya membuat pembayaran daripada pendapatan-tenaga yang kena dibayar kepada pihak kena tuntut untuk menyelesaikan perintah itu.

(2) Jumlah wang yang dikehendaki ditetapkan dalam suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga ialah wang yang Mahkamah fikirkan sebagai patut selepas menimbangkan keupayaan-keupayaan dan keperluan-keperluan orang-orang yang baginya pihak kena tuntut wajib atau sepatutnya menanggung.

(3) Suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga hendaklah mengandungi, setakat yang diketahui oleh Mahkamah yang membuat perintah itu, butir-butir yang mungkin ditetapkan bagi maksud membolehkan pihak kena tuntut itu dikenali oleh orang yang baginya perintah itu diarahkan.

(4) Suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga atau apa-apa perubahan baginya tidaklah boleh mula berkuatkuasa sehingga habis tempoh tujuh hari daripada tarikh salinan perintah itu disampaikan kepada orang yang baginya perintah itu diarahkan.

(5) Suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga hendaklah menetapkan pegawai yang kepadanya pembayaran-pembayaran di bawah perintah itu hendak dibuat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.