ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERNIKAHAN



Seksyen 45. Anggapan mati.

(1) Jika suami atau isteri dipercayai telah mati, Mahkamah boleh atas permohonan isterinya atau suaminya dan selepas apa-apa penyiasatan yang wajar, mengeluarkan dalam Borang yang ditetapkan perakuan menganggap suami atau isteri itu telah mati, dan kemudian daripada isterinya atau suaminya itu adalah bebas bernikah semula mengikut peruntukan Enakmen ini, dan perakuan itu jika mengenai suaminya hendaklah disifatkan sebagai perakuan kematian suami dalam erti seksyen 11 (3) (b).

(2) Perakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen kecil (1) hendaklah didaftarkan seolah-olah perakuan itu ialah sijil perceraian dan hendaklah juga dicatitkan dalam daftar berkaitan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.