ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Seksyen 109. Pengiktirafan perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Negeri Perak Darul Ridzuan
Sesuatu perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Negeri Perak Darul Ridzuan selain perkahwinan yang diakadnikahkan di sesuatu Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul Malaysia di bawah seksyen 24 hendaklah diiktiraf sebagai sah bagi segala maksud Enakmen ini jika-
(a) perkahwinan itu telah dilakukan mengikut cara yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang tempat di mana perkahwinan itu telah dilakukan;
(b) setiap satu pihak itu mempunyai, pada masa perkahwinannya itu, keupayaan berkahwin di bawah undang-undang tempat bermastautinnya; dan
(c) jika salah satu pihak itu adalah seorang pemastautin di Negeri Perak Darul Ridzuan, kedua-dua pihak mempunyai keupayaan berkahwin mengikut Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.