ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN



Seksyen 7. Umur minimum untuk perkahwinan.

Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Ordinan ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenaran secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.