ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG)
BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN
BAB 1 - PENYAMPAIAN DALAM BIDANG KUASA
Seksyen 47. Kes khas
(1) Penyampaian kepada seseorang orang tak berkeupayaan hendaklah dibuat kepada penjaga
ad litem
nya, jika ada.
(2) Walau apa pun subseksyen (1), Mahkamah boleh, atas permohonan, memerintahkan supaya penyampaian kepada seseorang orang tak berkeupayaan dibuat kepada mana-mana orang lain.
(3) Penyampaian kepada seseorang di dalam penjara hendaklah dibuat kepada pegawai yang menjaga penjara itu, yang hendaklah menyebabkan saman itu atau dokumen lain diberikan kepada orang itu.
(4) Penyampaian kepada mana-mana anggota Angkatan Tentera hendaklah dibuat kepada pegawai pemerintah atau adjutan unitnya, yang hendaklah menyebabkan saman itu atau dokumen lain diberikan kepada anggota itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.