ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN VI - MASJID



Seksyen 96. Tempoh jawatan Pegawai Masjid.

(1) Setiap Pegawai Masjid hendaklah memegang jawatan selama yang dikehendaki oleh Majlis dan Majlis boleh menamatkan perkhidmatan atau memecat seseorang Pegawai Masjid dengan memberi notis satu bulan tetapi tiada seorangpun Pegawai Masjid boleh menjawat jawatan itu apabila telah mencapai umur enam puluh tahun:

Dengan syarat bahawa Majlis boleh, jika difikirkan perlu, melantik seseorang yang berumur lebih daripada enam puluh tahun memegang mana-mana jawatan Pegawai Masjid menurut syarat-syarat yang difikirkan patut.

(2) Adalah menjadi kewajipan Setiausaha membawa kepada pengetahuan Majlis kelakuan buruk mana-mana Pegawai Masjid, sama ada berkaitan dengan tugasnya atau selainnya dan Setiausaha hendaklah membuat apa-apa syor yang difikirkan sesuai.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.