ENAKMEN 2 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 1985
BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Hadanah atau Penjagaan Kanak-Kanak
Seksyen 83. Bagaimana hak penjagaan hilang.
Hak seseorang perempuan terhadap hadanah adalah hilang-
(
a
) jika perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu dalam mana orang lelaki itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, tetapi adalah kembali semula apabila perkahwinan itu dibubarkan;
(
b
)
jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;
(
c
) jika perempuan itu menukar pemastautinnya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;
(
d
)
jika perempuan itu murtad;
(
e
) jika perempuan itu mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.