ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI
Darihal Rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah



Seksyen 140. Menggantung dari perlaksanaan sementara menunggu rayuan.

Sesuatu rayuan tidak boleh menggantung perlaksanaan hukuman tetapi Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah bolehlah menggantung mana-mana keputusan, perintah, sabitan, atau hukuman sementara menunggu rayuan, atas syarat-syarat yang dipandang munasabah oleh Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah mengenai jaminan untuk pembayaran mana-mana wang atau untuk perlaksanaan mana-mana tindakan atau untuk menjalani mana-mana hukuman yang diarahkan oleh atau di dalam keputusan, perintah, sabitan atau hukuman tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.