ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN XXV - PELBAGAI



Seksyen 239. Perkara yang mengaibkan, dsb.

Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan mana-mana pihak, pada bila-bila masa, memerintahkan supaya apa-apa dokumen atau kandungan apa-apa dokumen yang mengaibkan, tak relevan, menyusahkan, menindas, menimbulkan perbahasan atau terlalu panjang dibatalkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.