BAHAGIAN VII - PENJAGAAN Penjagaan ke atas Orang dan Harta
(2) Mengenai mana-mana orang lain, Akta tersebut, setakat mana ia berlawanan dengan agama Islam, hendaklah terhenti dipakai baginya apabila ia menganuti agama Islam jika pada tarikh itu ia telah genap umur lapan belas tahun atau jika belum lagi genap umur itu, ia menganut agama Islam dengan persetujuan orang yang di bawah Akta itu adalah penjaga bagi diri kanak-kanak itu.