ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
Bab III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 22. Bagaimana tindakan terhadap orang yang telah ditangkap dan tahanan yang lebih dua puluh empat jam.

(1) Seorang Penyelia Agama atau Pegawai Majlis atau Pegawai Polis yang menangkap orang tanpa waran di bawah Enakmen ini hendaklah dengan tidak berlengah-lengah lagi dan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di dalam Enakmen ini mengenai jaminan atau kelepasan yang terdahulu, membawa atau menghantarkan orang yang ditangkap itu ke Mahkamah Kadi.

(2) Penyelia Agama atau Pegawai Majlis atau Pegawai Polis tidak boleh menahan seseorang yang ditangkap tanpa waran lebih daripada masa yang patut dengan menimbangkan semua keadaan yang munasabah terhadap kes itu.

(3) Masa yang patut itu hendaklah tidak melebihi dua puluh empat jam tanpa dikirakan masa yang perlu untuk perjalanan dari tempat penangkapan ke Mahkamah Kadi.

(4) Apabila seseorang yang ditangkap dikemukakan di hadapan Mahkamah, maka Mahkamah itu boleh terus mendengar pertuduhan terhadap orang itu atau menangguhkan kes itu.

(5) Jika pertuduhan terhadap orang yang dituduh itu ditangguhkan, maka orang itu hendaklah, kecuali ia dibebaskan dengan jaminan, ditahan dalam penjara atau jagaan polis dengan suatu waran tahanan yang dikeluarkan oleh seorang Kadi di dalam Borang 2
A daripada Jadual.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.