ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN PENALTI



Seksyen 62. Meninggalkan Malaysia tanpa membayar zakat.

(1) Mana-mana orang yang mengetahui bahawa suatu perakuan telah dikeluarkan bagi dirinya di bawah seksyen 50, dengan sengaja meninggalkan atau cuba meninggalkan Malaysia tanpa membayar segala zakat, jumlah wang dan hutang yang dinyatakan dalam perakuan itu atau memberi jaminan hingga memuaskan hati Setiausaha berkenaan dengan pembayarannya adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Seseorang Pegawai Polis atau Pegawai Imigresen boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang disyakinya dengan munasabahnya sebagai melakukan atau kira-kira hendak melakukan kesalahan di bawah seksyen ini.

(3) Dalam seksyen ini "Pegawai Imigresen" mempunyai erti yang sama dalam seksyen 50.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.