ENAKMEN 8 TAHUN 2006
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2006

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
Bab 2 - Keterangan lisan



Seksyen 47. Keterangan lisan mestilah secara langsung

(1) Dalam segala hal apa jua pun, keterangan lisan hendaklah diberikan secara langsung, iaitu-
(2) Pendapat pakar yang dinyatakan dalam mana-mana treatis yang biasanya ditawarkan untuk jualan dan alasan yang berasaskannya pendapat itu dipegang bolehlah dibuktikan dengan mengemukakan treatis itu.

(3) Jika keterangan lisan merujuk kepada kewujudan atau keadaan apa-apa benda material, termasuk sesuatu dokumen, maka Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, menghendaki supaya benda material atau dokumen itu dikemukakan untuk pemeriksaannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.