ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB XIV
Darihal Hukuman dan Menjalankannya



Seksyen 130. Kegagalan mematuhi syarat-syarat bon.

(1) Mana-mana pesalah bila ditangkap atas apa-apa waran di bawah seksyen 129 hendaklah, jika tidak dibawa dengan segera ke hadapan Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk menghukumnya dibawa ke hadapan Hakim, dan Hakim tersebut bolehlah sama ada menahannya dengan waran sehingga masa di mana dia dikehendaki oleh jaminannya supaya hadir bagi menerima hukuman, atau sehingga Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk membicarakan kesalahan asalnya itu bersidang, atau bolehlah membenarkan diikat jamin dengan penjamin yang cukup, dengan syarat dia hadir bagi dijatuhkan hukuman.

(2) Pesalah itu, apabila ditahan sedemikian, bolehlah dimasukkan ke penjara dan waran penahanannya hendaklah memerintahkan supaya dia dibawa ke hadapan Mahkamah di mana dia dikehendaki hadir bagi menerima hukuman atau menjawab tentang kelakuannya semenjak dia dilepaskan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.