ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996
BAHAGIAN IV - PENDAFTARAN SEKOLAH ISLAM
Seksyen 14. Perkara yang diambil kira sebelum kelulusan
Bagi maksud menimbangkan sama ada permohonan untuk pendaftaran hendak diluluskan atau tidak Pendaftar hendaklah mengambil kira perkara yang berikut:
(a)
kesesuaian Sekolah Islam itu atau bangunannya atas alasan kesihatan dan keselamatan;
(b)
kesesuaian orang yang menganggotai Jemaah untuk menguruskan Sekolah Islam itu;
(c)
sumber kewangan untuk menyenggarakan Sekolah Islam itu;
(d)
keperluan mengadakan Sekolah Islam dalam kawasan di mana Sekolah Islam yang dicadangkan itu hendak ditubuhkan; atau
(e)
apa-apa sebab lain yang pada pendapat Pendaftar, perlu untuk menubuhkan Sekolah Islam yang berjaya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.