ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 9 - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNGAN DENGAN TESTIMONI SAKSI



Seksyen 119. Menentukan bahawa saksi adil.

Jika seorang saksi telah memberikan keterangannya melalui syahadah dan Hakim mempunyai alasan bagi mempercayai bahawa dia tidak adil, Mahkamah hendaklah memerintahkan saksi tersebut diperiksa sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini.

Huraian- Jika ternyata kepada Hakim bahawa seorang saksi yang telah memberi syahadah tidak boleh dipercayai dia hendaklah menyebabkan saksi itu diperiksa bagi menentukan sarna ada dia seorang yang adil atau sebaliknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.