ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2
Qarinah



Seksyen 15. Fakta berkenaan dengan soal sama ada perbuatan dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan sengaja.

Apabila ada soal sama ada sesuatu perbuatan telah dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan sengaja atau dilakukan dengan sesuatu pengetahuan atau niat yang khusus, maka fakta bahawa perbuatan itu adalah satu daripada siri kejadian-kejadian yang serupa dan tiap-tiap kejadian itu adalah melibatkan orang yang melakukan perbuatan itu adalah qarinah.

MISALAN

A
telah ditugaskan menerima fitrah sebagai amil dari orang ramai. Adalah menjadikan kewajipan A membuat catatan di dalam sebuah buku bagi menunjukkan banyaknya wang yang telah diterimanya. Dia membuat suatu catatan menunjukkan bahawa pada suatu masa tertentu dia telah menerima kurang daripada yang sebenar diterima olehnya.

Soalnya ialah sama ada catatan palsu ini telah dibuat dengan tidak sengaja atau sengaja.

Fakta bahawa catatan lain yang dibuat oleh
A dalam buku yang sama adalah palsu, dan catatan palsu dalam tiap-tiap kes yang menguntungkannya adalah qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.