ENAKMEN 2 TAHUN 1985
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1985

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 34. Pemansuhan.

(1) Enakmen yang dinyatakan dalam Jadual kepada Kanun ini adalah dengan ini dimansuhkan setakat mana yang dinyatakan dalam Jadual:

Dengan syarat bahawa segala prosiding yang telah dimulakan di bawah Enakmen yang dengan ini dimansuhkan hendaklah berterusan seolah-olah Kanun ini belum diluluskan.

(2) Pemansuhan ini tidak menyentuh perjalanan Enakmen yang dimansuhkan terdahulu atau apa-apa perkara yang dilakukan atau tertanggung di bawahnya atau apa-apa hak, keistimewaan, kewajipan atau liabiliti yang diperolehi, terakru atau berlaku di bawahnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.