Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M
BAHAGIAN V
Seksyen 21. Bilakah Hukuman Hudud Sariqah Tidak Boleh Dikenakan.
Hukuman
hudud
sariqah
tidak boleh dikenakan dalam keadaan yang berikut :
(a)
apabila nilai harta yang dicuri itu kurang daripada
nisab
;
(b)
apabila kesalahan itu tidak dapat dibuktikan dengan keterangan yang dikehendaki di bawah peruntukan-peruntukan Bahagian IX;
(c)
apabila pesalah itu bukan
mukallaf;
(d)
apabila pemilik harta yang dicuri itu gagal meletakkan harta alihnya di tempat yang sesuai bagi keselamatannya atau pemilik mendedahkannya kepada kecurian dalam keadaan tertentu;
(e)
apabila pesalah itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya terhadap harta yang dicuri itu, walaupun tuan punya tidak lagi mempunyai jagaan atau milikan ke atas harta tersebut;
(f)
apabila harta yang dicuri adalah daripada jenis harta yang tidak ada nilai dan boleh terdapat dengan banyaknya di merata-rata tempat ataupun daripada jenis harta yang sudah musnah;
(g)
apabila harta yang dicuri tidak mempunyai apa-apa nilai mengikut Hukum
Syarak
seperti minuman yang memabukkan atau alat-alat melekakan;
(h)
apabila kesalahan mencuri itu dilakukan oleh pemberi hutang ke atas harta orang yang berhutang dengannya yang enggan membayar hutang itu;
Dengan syarat bahawa nilai harta yang dicuri itu tidak melebihi jumlah hutang atau nilai harta yang dicuri itu melebihi jumlah hutang tetapi tidak melebihi
nisab
;
(i)
apabila kesalahan itu dilakukan dalam keadaan yang amat mendesak, seperti perang, kelaparan, penyakit dan bencana alam;
(j)
apabila kesalahan itu berlaku dalam keluarga seperti isteri mencuri daripada suaminya dan sebaliknya atau anak mencuri daripada bapanya dan sebaliknya;
(k)
apabila kesalahan itu dilakukan oleh sekumpulan orang yang mana bahagian yang diperolehi oleh tiap-tiap seseorang daripada pesalah itu setelah dibahagikan harta yang dicuri atau hasilnya sesama mereka adalah kurang daripada
nisab
;
(l)
apabila pesalah itu mengembalikan harta yang dicuri itu sebelum hukuman
hudud
dilaksanakan;
(m)
apabila tuan punya harta yang dicuri itu tidak mengaku bahawa hartanya yang dicuri, walaupun pesalah itu telah membuat
iqrar
mencurinya;
(n)
apabila pesalah itu mebuat bantahan yang boleh diterima oleh Hukum
Syarak
terhadap saksi-saksi;
(o)
apabila harta yang dicuri itu atau keadaan dalam mana kesalahan itu dilakukan mengikut Hukum
Syarak
tidak ada hukuman
hudud
yang boleh dikenakan ke atasnya;
(p)
apabila kesalahan
sariqah
disabitkan atas
iqrar
pesalah, tetapi dia menarik balik
iqrar
sebelum pelaksanaan hukuman
hudud
;
(q)
apabila pesalah memiliki harta yang dicuri secara sah selepas mencuri dan sebelum keputusan atas kesalahan
sariqah
dibuat;
(r)
apabila pesalah itu diizinkan masuk dalam tempat simpanan;
(s)
apabila pelaksanaan hukuman potong tangan membahayakan atau mengancam nyawa penjenayah; atau
(t)
apabila tangan kiri pesalah tidak berfungsi, kudung atau terpotong.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.