ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN VI - PENUBUHAN LEMBAGA HAL-EHWAL ISLAM DAN ADAT MELAYU, LEMBAGA MASJID-MASJID, DLL.
Am



Seksyen 59. Penyenggaraan masjid dan kawasannya.

(1) Majlis hendaklah memastikan bahawa semua masjid di dalam Negeri berada dalam keadaan baik yang sepatutnya dan bahawa kawasan-kawasannya disenggarakan dalam keadaan bersih yang sepatutnya.

(2) Majlis boleh memperdapat dan menggunakan, atau membenarkan pemerdapatan dan penggunaan, dana khas bagi maksud kerja pembaikan dan penyenggaraan masjid itu, atau boleh membayar kos kerja pembaikan dan penyenggaraan itu daripada Baitulmal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.