ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 2 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH
Seksyen 159. Apabila rayuan dibuat terhadap pembebasan, tertuduh boleh ditangkap
Jika suatu rayuan dikemukakan terhadap suatu pembebasan, Mahkamah Rayuan Syariah boleh mengeluarkan waran yang mengarahkan supaya tertuduh ditangkap dan dibawa ke hadapannya dan boleh memerintahkan dia ditahan di penjara sementara menanti rayuan itu dibereskan atau membenarkan dia mengikat jamin.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.