ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB XI
Peruntukan-Peruntukan Am Berkenaan dengan Perbicaraan



Seksyen 107. Kuasa menangguhkan perbicaraan.

(1) Jika oleh kerana seseorang saksi tidak hadir atau kerana sebab-sebab lain yang munasabah, maka adalah menjadi perlu dan patut bagi menangguhkan dari memulakan atau menangguhkan sebarang perbicaraan, Mahkamah bolehlah dari semasa ke semasa manangguhkannya atas syarat-syarat sebagaimana yang difikirkan patut dan selama tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah dan bolehlah dengan waran menahan orang yang dituduh itu sekiranya ia dalam tahanan:

Dengan syarat bahawa Mahkamah tidak boleh menahan orang yang dituduh di bawah seksyen ini untuk tempoh melebihi lapan hari pada satu masa:

Dengan syarat selanjutnya bahawa apabila Pegawai Perubatan Kerajaan telah mengarahkan bahawa pengadu adalah tidak berupaya memberi keterangan sebelum tarikh yang tertentu, maka orang yang tertuduh itu bolehlah ditahan sehingga ke suatu tarikh walaupun tempoh tahanannya akan melebihi lapan hari.

(2) Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah seksyen ini oleh Mahkamah Syariah hendaklah dengan bertulis dan ditandatangani oleh Hakim yang menjalankan perbicaraan itu dan hendaklah menyatakan alasan-alasannya sekali.
HURAIAN

Jika didapati keterang yang cukup yang menunjukkan bahawa tertuduh itu menimbulkan syak melakukan seseuatu kesalahan dan nampaknya harus boleh didapati keterangan selanjutnya semasa ianya ditahan; maka ini adalah suatu sebab yang munasabah untuk menahannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.