ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Kesahtarafan Anak
Seksyen 111. Siapakah yang dikaitkan sebagai bapa
Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang lelaki melahirkan seorang anak lebih daripada enam bulan
qamariah
dari tarikh perkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun
qamariah
selepas perkahwinannya itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau oleh sebab perceraian, dan perempuan itu pula tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu, tetapi lelaki itu boleh, dengan cara
li'an
atau kutukan, menafikan anak itu sebagai anaknya di hadapan Mahkamah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.