ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991
BAHAGIAN III - PIHAK-PIHAK
Seksyen 10. Perintah perwakilan.
Di mana ramai orang mempunyai kepentingan yang sama dalam mana-mana prosiding Mahkamah boleh pada bila-bila masa memberi kuasa kepada salah seorang atau lebih dari mereka untuk bertindak bagi pihak semua orang yang berkepentingan, sama ada dinamakan sebagai pihak-pihak atau tidak:
Dengan syarat tiada seorang boleh terikat oleh mana-mana perintah kecuali-
(a)
ia telah disampaikan satu notis mengenai niat untuk memohon sedemikian; atau
(b)
ia telah disampaikan satu salinan perintah itu dan dalam tempoh 10 hari tidak memohon kepada Mahkamah untuk melepas atau mengubahnya:
Dengan syarat lagi bahawa jika orang-orang itu terlalu ramai atau sukar ditentukan Mahkamah boleh mengarahkan penyerahan perintah itu dengan suatu cara yang difikirkan sesuai.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.