ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERlKSAAN SAKSI



Seksyen 96. Bila soalan-soalan memimpin tidak boleh ditanya.

(1) Soalan-soalan memimpin tidaklah boleh sekali-kali sekiranya oleh pihak lawan, ditanya di dalam sesuatu pemeriksaan utama atau di dalam sesuatu pemeriksaan semula, kecuali dengan mendapat kebenaran Mahkamah.

(2) Mahkamah hendaklah membenarkan soalan-soalan memimpin berkenaan dengan perkara-perkara permulaan atau yang tidak dipertikaikan, atau yang telah, pada pendapatnya, dibuktikan dengan secukupnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.