ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
ACARA DALAM PEMBICARAAN MAL



Seksyen 97. Saman dan penyampaian.

(1) Selain daripada pernyataan tuntutan asal pihak menuntut hendaklah menyerahkan kepada Mahkamah satu salinannya bagi tiap-tiap pihak kena tuntut.

(2) Mahkamah hendaklah mengeluarkan saman kepada pihak yang kena tuntut dan hendaklah menyebabkan supaya disampaikan saman bersama dengan satu salinan pernyataan tuntutan itu kepadanya. Saman itu hendaklah memerintahkan supaya pihak kena tuntut itu hadir untuk menjawab tuntutan itu di tempat, hari dan waktu yang ditentukan dan hendaklah juga memberi amaran iaitu jika ia tidak hadir Mahkamah boleh membenarkan tuntutan itu sekalipun ia tiada hadir.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.