ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB IX - PERTUDUHAN



Seksyen 89. Bila diragui tentang apakah kesalahan yang dilakukan.

Jika sesuatu perbuatan tunggal siri perbuatan bersifat sebegitu rupa sehingga menyebabkan ragu-ragu yang mana satu di antara beberapa kesalahan itu yang mana fakta-faktanya boleh dibuktikan, telah dilakukan, maka orang yang dituduh boleh dipertuduhkan melakukan kesemua atau mana-mana kesalahan itu, dan pertuduhan-pertuduhan itu boleh dibicarakan bersekali, atau dia boleh dipertuduhkan dengan pertuduhan pilihan kerana melakukan mana-mana satu atau lebih kesalahan itu dan boleh dibicarakan sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.