ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 5. Pemakaian.


(1) Kecuali sebagaimana diperuntukan dengan nyata sebaliknya Enakmen ini hendaklah dipakai bagi semua orang yang berugama Islam yang bermukim dalam Negeri ini dan bagi semua orang yang berugama Islam yang bermastautin di dalam Negeri ini tetapi bermukim di luar Negeri ini.

(2) Bagi maksud Enakmen ini, seseorang yang bermukim tetap dalam Negeri ini hendaklah disifatkan sebagai bermastautin dalam Negeri ini sehingga dibuktikan sebaliknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.