ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 5
Anggapan tentang dokumen



Seksyen 62. Anggapan mengenai ketulinan dokumen yang diperakui.

(1) Mahkamah hendaklah menganggap sebagai tulin tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai suatu perakuan, salinan yang diperakui atau lain-lain dokumen yang ditetapkan oleh undang-undang boleh diterima sebagai keterangan mengenai sesuatu fakta yang tertentu, dan yang berupa sebagai diperakui oleh mana-mana pegawai Kerajaan di dalam atau di luar Malaysia yang diberi kuasa memperakuinya:

Dengan syarat bahawa dokumen itu adalah pada asasnya mengikut bentuk dan berupa sebagai disempurnakan secara yang diarahkan oleh undang-undang bagi maksud itu.

(2) Mahkamah hendaklah juga menganggap bahawa mana-mana pegawai yang berupa sebagai telah menandatanganinya sesuatu dokumen itu memegang, pada masa dia menandatanganinya, jawatan rasmi yang dinyatakan dalam dokumen itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.