ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII
Darihal Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah



Seksyen 165. Persoalan yang ditangguhkan untuk Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Apabila seseorang telah disabitkan atas kesalahan oleh Mahkamah Tinggi Syariah yang menjalankan bidang kuasa asalnya, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh, jika difikirkan perlu, menangguhkan untuk keputusan Mahkamah Rayuan Syariah apa-apa persoalan undang-undang yang timbul semasa perbicaraan orang itu yang mana penentuan itu akan memberi kesan kepada perjalanan perbicaraan berkenaan.

(2) Orang yang disabitkan itu hendaklah ditahan di penjara atau, jika Hakim fikirkan patut, dibenarkan jaminan ke atasnya.

(3) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah menyemak kes tersebut, atas mana-mana bahagian kes yang perlu, dan menentukan persoalan itu dan boleh mengubah hukuman yang dijatuhkan dan menjatuhkan apa-apa hukuman atau memberi atau membuat apa-apa keputusan atau perintah yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah Rayuan Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.