ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 39. Tempoh memegang jawatan Hakim Mahkamah Syariah.

(1) Tertakluk kepada peruntukan subseksyen (2) hingga (5), seseorang Hakim Syarie hendaklah memegang jawatan sehingga dia mencapai umur enam puluh lima tahun atau sehingga suatu masa kemudiannya sebagaimana diluluskan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan, tetapi masa itu tidak boleh terkemudian daripada enam bulan selepas dia mencapai umur enam puluh lima tahun.

(2) Seseorang Hakim Syarie boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa dengan mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan tetapi dia tidak boleh dipecat daripada jawatan kecuali mengikut peruntukan seksyen ini yang berikut.

(3) Jika, Ketua Hakim Syarie merayu kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan menyatakan bahawa seseorang Hakim Syarie patut dipecat oleh kerana---

Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah melantik suatu tribunal mengikut subseksyen (4) dan merujukkan rayuan itu kepadanya; dan atas syor tribunal itu Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh memecat Hakim Syarie itu daripada jawatannya.

(4) Tribunal tersebut hendaklah mengandungi tidak kurang daripada lima orang yang berugama Islam yang memegang atau telah memegang jawatan sebagai Hakim Syarie atau Hakim Mahkamah Awam di Malaysia, dan tribunal itu hendaklah diketuai oleh ahli yang pertama mengikut susunan yang berikut iaitu Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah mengikut keutamaan antara mereka sendiri, dan ahli-ahli lain mengikut tarikh perlantikan mereka bagi jawatan yang melayakkan mereka menjadi ahli.

(5) Sementara menantikan apa-apa rujukan dan laporan di bawah subseksyen (3) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, atas syor Ketua Hakim Syarie, menggantung seseorang Hakim Syarie daripada menjalankan tugasnya.

(6) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh membuat peraturan bagi memperuntukkan syarat jawatan, perletakan dan perlucutan jawatan Ketua Hakim Syarie.

(7) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), sahnya apa-apa perkara yang dilakukan oleh seseorang Hakim Syarie tidak boleh dipersoal atas alasan bahawa Hakim Syarie itu telah mencapai had umur yang dia dikehendaki bersara.

(8) Peruntukan seksyen ini hendaklah dipakai ke atas Ketua Hakim Syarie dan Hakim-hakim Syarie.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.