ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2
Qarinah



Seksyen 7. Fakta yang menjadi punca sebab atau natijah bagi fakta yang menjadi soal.

Fakta yang menjadi punca, sebab atau natijah, sama ada secara langsung atau tidak, bagi fakta qarinah atau fakta yang menjadi soal, atau fakta yang menjadi keadaan sesuatu dalam mana fakta itu berlaku, atau yang memberi peluang untuk fakta itu dilaku atau diuruskan, adalah qarinah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.