ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI - JAMINAN



Seksyen 181. Bila seseorang yang dituduh melakukan kesalahan Hudud Syarie dan qisas boleh dilepas atas jaminan.

Apabila seseorang dituduh melakukan kesalahan Hudud Syarie atau qisas,telah ditangkap atau ditahan tanpa waran oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis atau hadir atau dibawa di hadapan Mahkamah dan ia bersedia pada masa ia ditahan itu atau pada mana-mana peringkat prosiding memberi jaminan, maka orang itu hendaklah dilepaskan atas jaminan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang menjaga balai polis atau oleh Pegawai Polis yang tidak kurang dari pangkat Inspektor atau oleh Mahkamah itu:

Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh mengarahkan supaya perempuan yang mengandung atau orang yang tak berupaya dilepaskan atas jaminan.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.