ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENYIASATAN KESALAHAN
BAB VI - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MENYIASAT



Seksyen 60. Kuasa untuk merekod pernyataan dan pengakuan salah.

Mana-mana Hakim Syarie selain daripada Hakim yang mendengar sesuatu kes boleh merekodkan di hadapan dua orang saksi apa-apa pernyataan atau pengakuan salah yang dibuat kepadanya pada bila-bila masa sebelum permulaan perbicaraan itu. Dengan syarat pernyataan atau pengakuan salah itu dibuat dengan sukarela dan Hakim berpuas hati atas hal sedemikian dan mencatatkannya sebelum merekodkan pernyataan atau perakuan salah itu. Hakim hendaklah membaca pengakuan salah itu di hadapan saksi-saksi yang disebut terdahulu itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.