ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Am
Seksyen 6. Fakta yang menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama ialah qarinah.
Fakta-fakta yang, walaupun tidak menjadi persoalan, sebegitu berkaitan dengan suatu fakta persoalan sehingga menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama ialah
qarinah.
MISALAN
A
dituduh memukul isterinya
B.
Apa-apa jua yang telah dikatakan atau dibuat oleh
A
atau
B
atau oleh orang yang berada di situ pada masa
B
dipukul itu atau sejurus sebelum atau selepasnya sehingga menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama ialah qarinah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.