ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH.



Seksyen 141. Penggantungan pelaksanaan sementara menanti keputusan rayuan.

Melainkan dalam kes hukuman sebat, yang mana pelaksanaannya hendaklah digantung sementara menanti keputusan rayuan, rayuan tidak boleh berkuatkuasa sebagai menggantungkan pelaksanaan hukuman, tetapi Mahkamah yang dirayu itu atau Mahkamah Tinggi Syariah bolehlah menggantungkan pelaksanaan mana-mana penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sementara menanti keputusan rayuan, atas apa-apa syarat mengenai jaminan bagi menjaminkan bayaran apa-apa wang atau pelaksanaan atau ketaklaksanaan apa-apa perbuatan atau penanggungan apa-apa hukuman yang diarahkan oleh atau dalam penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman itu sebagaimana yang Mahkamah yang dirayu itu atau Hakim Mahkamah Tinggi Syariah mendapati munasabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.