ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDUAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 89. Tiga kesalahan yang sama jenisnya dalam tempoh dua belas bulan boleh dituduh bersama-sama.


(1) Apabila seseorang itu dituduh melakukan kesalahan-kesalahan yang sama jenisnya dalam tempoh dua belas bulan daripada tarikh kesalahan pertama dilakukan, sama ada terhadap orang yang sama atau tidak, maka dia bolehlah dipertuduhkan san dibicarakan bersama salam satu pembicaraan bagi beberapa pertuduhan tidak melebihi daripada tiga pertuduhan.

(2) Kesalahan-kesalahan adalah disifatkan sama jenisnya apabila kesalahan itu dihukum di bawah seksyen yang sama dalam Enakmen atau dalam mana-mana undang-undang lain yang berkuatkuasa pada masa ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.