ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB XIII - PENGHAKIMAN



Seksyen 116. Cara menyampaikan penghakiman.

Penghakiman bagi tiap-tiap perbicaraan dalam mana-mana Mahkamah hendaklah diumumkan di dalam Mahkamah terbuka, sama ada pada masa itu juga atau kemudiannya yang mana hendaklah diberitahu kepada pihak-pihak berkenaan atau Peguam Syarie mereka, dan yang dituduh itu hendaklah jika ianya ada dalam tahanan, dibawa ke hadapan Mahkamah atau, jika ianya tidak di dalam tahanan, dikehendaki hadir mendengar penghakiman itu disampaikan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.