ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN VI - PENUBUHAN LEMBAGA HAL-EHWAL ISLAM DAN ADAT MELAYU, LEMBAGA MASJID-MASJID, DLL.
Am



Seksyen 61. Pelantikan pegawai masjid.

(1) Majlis boleh melantik seseorang yang layak dan patut untuk menjadi pegawai masjid bagi mana-mana masjid di dalam Negeri.

(2) Tiap-tiap orang yang dilantik oleh Majlis untuk menjadi pegawai masjid, termasuk tiap-tiap orang yang disifatkan telah dilantik sedemikian di bawah seksyen 84, hendaklah diberikan tauliah oleh Majlis dan hendaklah mempunyai kuasa dan kewajipan sebagaimana yang ditetapkan dalam tauliah mereka itu masing-masing atau di bawah kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Ordinan ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.