ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN VI - MASJID DAN TANAH PERKUBURAN



Seksyen 68. Perlantikan Pegawai Masjid.

(1) Bagi tiap-tiap masjid, Majlis bolehlah melantik beberapa orang pegawai masjid sebagaimana yang Majlis fikirkan perlu.

(2) Tiap-tiap pegawai masjid hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam mengikut pengertian Kanun Kesiksaan [N.M.B. Bab 45].

(3) Apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, tiap-tiap orang yang sebelum sahaja mula berkuatkuasanya seksyen ini, telah menjadi pegawai masjid suatu masjid yang dilantik di bawah Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam 1959 hendaklah disifatkan sebagai telah dilantik sewajarnya di bawah seksyen ini sebagai pegawai masjid masjid itu dan hendaklah, tertakluk kepada seksyen 70, terus memegang jawatan sebagai yang demikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.