ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN
Seksyen 41. Tempat dan masa.
Penyampaian boleh disempurnakan di mana-mana tempat, pada mana-mana hari dan pada bila-bila masa siang atau malam. Penyampaian selepas 4.00 petang hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan pada hari berikutnya. Penyampaian yang telah disempurnakan selepas tengah hari pada hari sebelum, atau pada bila-bila masa, pada cuti minggu, atau pada mana-mana cuti umum, hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan pada hari selepas cuti itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.