ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII - DARIHAL RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 154. Penghantaran rekod ke Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Apabila pihak merayu telah mematuhi seksyen 150 dan 152 Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dengan segera menghantar kepada Mahkamah Rayuan Syariah empat salinan rekod prosiding kes itu, berserta dengan empat salinan notis dan petisyen rayuan.

(2) Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah juga menyampaikan kepada kedua-dua pihak satu salinan rekod prosiding tersebut berserta satu salinan notis dan petisyen rayuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.