ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XXVII - KUASA HAKIM DAN PENDAFTAR



Seksyen 199. Rujuk dan ubah perintah.

(1) Pendaftar boleh mengikut budibicaranya merujuk kepada Hakim untuk keputusannya apa-apa hal yang disampaikan kepadanya untuk keputusan sama ada di bawah Bahagian ini atau selainnya.

(2) Apa-apa perintah atau keputusan yang dibuat oleh Pendaftar sama ada di bawah Bahagian ini atau selainnya boleh diketepikan atau diubah oleh Hakim sama ada atas kehendaknya sendiri atau menurut permohonan mana-mana orang yang telibat demikian, dan Hakim boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut:

Dengan syarat bahawa kecuali untuk sebab yang istimewa, Hakim tidaklah boleh menimbang mana-mana permohonan tersebut kecuali jikalau dibuat dalam tempoh 7 hari selepas pemohon menyedari akan perintah atau keputusan yang diadukan itu:

Dengan syarat selanjutnya bahawa permohonan sedemikian tidaklah berkuasa menangguh apa-apa prosiding yang berkaitan dengan perintah atau keputusan itu, dan bahawa tiada perintah yang dibuat oleh Hakim yang mengakaskan perintah itu boleh membatalkan apa-apa tindakan yang telah dibuat dengan sahnya di bawah perintah terdahulu kecuali Hakim memerintah sebaliknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.