ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN III - BAITUL-MAL, ZAKAT DAN FITRAH DAN WAKAF
WAKAF



Seksyen 45. Daftarkan wakaf.

(1) Apabila berjalannya kuatkuasa Enakmen ini semua hujjah-hujjah, wasiat, dan maukuf yang ada di dalam Negeri ini hendaklah didaftarkan di dalam buku daftar yang disimpan oleh Majlis.

(2) Tiap-tiap wakaf am, kecuali yang ditegah oleh Hukum Syarak, hendaklah didaftarkan dengan nama Majlis dan jika ada wakaf am yang termasuk tanah, wakaf am tersebut hendaklah didaftarkan dengan nama Majlis sebagai tuanpunya tanah tersebut di bawah Kanun Tanah Negara 1965.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.