ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Pihak Berkuasa Dalam Hal Ehwal Agama.



Seksyen 5. Keahlian Majlis.

(1) Majlis hendaklah mengandungi ahli-ahli yang berikut iaitu:
(2) Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan lain-lain yang dilantik di bawah perenggan (g) subseksyen (1) hendaklah orang Islam dan hendaklah dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Menteri Besar bagi tempoh tersebut, tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh menetapkan atas nasihat Menteri Besar.

(3) Seorang ahli yang tempoh jawatannya telah tamat bolehlah dilantik semula.

(4) Jika pada masa orang yang memegang jawatan yang disebut dalam perenggan (d), (e) dan (f) ialah bukan Islam, Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Menteri Besar hendaklah melantik orang Islam dari Jabatan yang sama menjadi ahli menggantikan orang tersebut.

(5) Orang-orang yang sebaik sahaja sebelum berkuatkuasanya seksyen ini adalah Pengerusi, Timbalan Pengerusi, dan ahli-ahli yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor hendaklah tertakluk kepada Enakmen ini, terus menjadi Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan ahli-ahli Majlis yang lain sehingga tamat tempoh perlantikannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.