ENAKMEN 14 TAHUN 1992
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1992

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
PENUBUHAN DAN BIDANG KUASA



Seksyen 17. Bidang kuasa penyemakan dan pengawasan Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi Syariah dan boleh, jika dapati olehnya dikehendaki demi kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, dalam Mahkamah Tinggi Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod mengenainya dan boleh memberi apa-apa arahan yang dikehendaki di sisi keadilan.

(2) Apabila jua Mahkamah Rayuan Syariah memanggil rekod di bawah subseksyen (1), semua prosiding dalam Mahkamah Tinggi Syariah mengenai perkara atau prosiding yang berkenaan itu hendaklah digantung sementara menanti perintah selanjutnya daripada Mahkamah Rayuan Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.