ENAKMEN 6 TAHUN 1985
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1985

BAHAGIAN III - BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 9. Bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah.

Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah:
(1) Dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan yang boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang telah diperuntukkan baginya dan bolehlah mengenakan apa-apa hukuman yang telah pun diperuntukkan baginya.

(2) Dalam bidangkuasa sivilnya, mendengar dan memutuskan segala tindakan dan pembicaraan dalam mana pihak-pihak berkenaan semuanya beragama Islam dan berkenaan dengan:

Dengan syarat bahawa Mahkamah itu lazimnya, tidaklah membicarakan mana-mana kesalahan atau mendengar atau menentukan mana-mana tindakan atau pembicaraan di mana Mahkamah Rendah Syariah mempunyai bidangkuasa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.